Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Budaya Berbudi Dicadang Diterap...

KUALA LUMPUR - Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan...

Permata Seni Minat Program...

BEIJING - Permata Seni berminat untuk mewujudkan program pertukaran dengan Central Conservatory of...

Formula 1 Tiada Lagi...

MUKTAMAD... Penganjur Formula Satu (F1) mengambil keputusan drastik apabila menghentikan penggunaan gadis litar...

Izara Aishah Berpacaran Dengan...

SEHINGGA ke hari ini, pelakon Izara Aishah tidak pernah membuat sebarang pengakuan yang...

Umat Islam Mesti Hormati Agama Lain

KOTA SAMARAHAN – Umat Islam di negara ini mesti menghormati agama lain, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan berbuat demikian, mereka akan dihormati oleh penganut agama lain, katanya ketika berucap kepada jemaah Masjid Al-Muttaqin di sini, acara pertama beliau sempena lawatan dua hari ke Sarawak bermula hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Islam tidak menghina atau mengabaikan agama lain, dan ini adalah asas untuk memupuk perpaduan dalam kalangan mereka dan masyarakat lain di negara pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.

“Bagaimanapun, untuk menunjukkan bahawa kita menghormati agama lain, kita perlu melakukan beberapa pengorbanan.

“Pengorbanan yang dimaksudkan ialah melakukan kebaikan untuk semua orang dan ini harus bermula dalam kalangan keluarga kita sendiri,” katanya sambil menjelaskan perpaduan sesama umat Islam juga dapat mengukuhkan Islam.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata adalah penting bagi umat Islam dalam komuniti global dan dunia tanpa sempadan kini untuk menerima kemasukan teknologi moden yang telah mengubah cara orang berfikir dan bertindak.

“Malah, kita harus menguasai teknologi yang memberi manfaat untuk kekal relevan. Tetapi, saya mahu mengingatkan terutama Generasi Y supaya tidak terlalu ghairah dan elakkan teknologi yang mempunyai kecenderungan untuk memberi kesan negatif,” katanya.


Mengenai permintaan Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia Datuk Abang Karim Rahman Hamzah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Asajaya mendapatkan bantuan bagi menggantikan bumbung Masjid Al Muttaqin, Ahmad Zahid berkata beliau akan menimbangkannya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan majlis korban dan mengagihkan daging korban sempena Aidiladha di perkarangan masjid itu.

Lembaga Kebajikan Masjid Negeri menyumbang sembilan ekor lembu untuk dikorbankan.

Turut hadir Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori