Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita UMNO Kesal PH...

GEORGE TOWN - Pergerakan Wanita UMNO menzahirkan rasa kesal dengan keputusan kerajaan Pakatan...

Bebas Atau Penjara? Anwar...

KUALA LUMPUR - Bersalah atau tidak? Selasa ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar...

Majikan Perlu Izin Staf...

KUALA LUMPUR - Majikan di sektor swasta boleh disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang...

4 Didakwa Beri Rasuah...

KUALA LUMPUR - Empat individu masing-masing dihadapkan di tiga Mahkamah Sesyen di sini...

UMNO Tidak Tipu PAS Dalam Isu Hudud – Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar pihak yang menuduh UMNO menipu PAS dalam cadangan melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Jelas beliau, pihak terbabit membuat tuduhan itu kerana menganggap hudud di Kelantan hanya berjaya dilaksanakan apabila ada individu di negeri itu yang dipotong tangan disebabkan pelaksanaan undang-undang berkenaan.

“Cadangan melaksanakan hudud sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri.

“Tidak lagi suara menghina dan mengejek seperti dahulu kecuali kalangan yang sudah habis tempoh suaranya laksana ubat yang sudah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Justeru, Abdul Hadi menegaskan perjuangan PAS tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak Istiqamah di atas aqidah perjuangan.

Katanya, golongan itu juga tidak berpijak lagi di atas dasar Islam dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam.

Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai dituju kepada bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN) untuk terus bersengkongkol dengan DAP.selepas PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP demi menjaga akidah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori