Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Pantai Timur...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir yang melanda pantai timur Semenanjung semakin pulih apabila...

Sultan Selangor Arah Proses...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan agar...

Selangor Gerak Semua Bahagian...

SHAH ALAM - Semua bahagian UMNO Selangor akan digerakkan bagi memastikan Pas memenangi kerusi...

‘Cikgu Sporting Raya’ Memang...

PELBAGAI cara terkini dilakukan orang ramai dalam menghasilkan ucapan sempena Aidilfitri yang bakal...

Usaha Mencari 8 Jemaah Hilang Giat Dilakukan TH

MAKKAH – Tabung Haji (TH) kini giat melakukan usaha mengesan lapan jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang sejak Jumaat, selepas tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan lebih 100 nyawa itu.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sejak semalam, petugas TH melakukan pemeriksaan bilik ke bilik di semua enam bangunan yang menempatkan jemaah haji Malaysia.

“Selain pemeriksaan bilik ke bilik, pemeriksaan juga dilakukan di hospital-hospital Arab Saudi, sekiranya terdapat jemaah haji (yang cedera) yang telah dibawa ke sana selepas kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Syed Saleh berkata pasukan TH yang terdiri daripada unit peronda, perubatan dan kebajikan turut melakukan rondaan secara intensif di sekitar kawasan Masjidil Haram, bagi mengesan mereka terbabit.

Setakat ini, 10 jemaah haji disahkan cedera dalam kejadian itu. Kejadian yang dikaitkan dengan cuaca buruk yang melanda Tanah Suci itu dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 107 nyawa dan mencederakan 238 yang lain.


Dua jemaah terbaharu yang kini termasuk dalam senarai disahkan hilang itu ialah Abdul Muluk Ishak, 71 tahun, (berasal dari Pasir Remis, Perak) dan Susiah Suar, 56 tahun, (Gunung Besout, Sungkai, Perak).

Manakala enam dalam senarai awal ialah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 tahun, (berasal dari Tanah Merah, Kelantan); Shahidan Saad, 52 tahun (Kodiang, Kedah); dan Rohana Ismail, 54 tahun (Kuala Krai, Kelantan).

Abdul Habib Lahman, 68 tahun (Sik, Kedah); Zainun Taha, 69 tahun (Ampang, Selangor) dan Munah Jusoh, 73 tahun (Cherang Ruku, Kelantan). – Agensi/Mynewshub.cc

https://youtu.be/8kG_V1-GsNM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori