Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

LHDN Benarkan Tangguh Bayaran...

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), membenarkan penangguhan bayaran anggaran cukai bagi tempoh...

Kod Penerbangan 8501 Bakal...

Akibat tragedi kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 pada pagi Ahad, Air Asia...

Penyelia Tapak Maut, Besi...

Malang tidak berbau. Seorang penyelia tapak projek meninggal dunia setelah kepala dan tubuhnya...

Najwa Belum Sedia Beri...

PENYANYI dan komposer muda terkenal, Najwa Latif mengakui dia masih belum bersedia untuk...

VIDEO: Detik Imam Dua Masjid Negara Ditampar

KUALA LUMPUR - Pihak polis mengesahkan penahanan seorang lelaki asing dipercayai warganegara India kerana bertindak menampar muka Imam Kedua Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim.

Kejadian dramatik itu berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat dan insiden berkenaan menyebabkan sembahyang secara berjemaah tersebut juga terpaksa dihentikan ketika rakaat pertama.

Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad, lelaki itu dipercayai mencelah beberapa saf jemaah dan kemudian menolak beliau sebelum menampar Mohd. Zuhairee yang sedang memimpin solat.

“Saya menyangkakan Imam (Mohd. Zuhairee) mungkin ada tersangkut bacaannya. Secara tiba-tiba, lelaki tersebut muncul dari arah belakang dan terus menampar muka imam,” jelas beliau ketika ditemui pemberita.

Lelaki itu cuba melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan dalam ‘loghat’ India, namun tersadung pada tripod kamera sebelum berjaya ditangkap jemaah yang berada di dalam masjid.

Baca: GEMPAR!!! Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Solat Jumaat

Imam Dua Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim
Imam Dua Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim

Dia seterusnya dibawa oleh beberapa orang jemaah lain dengan dibantu anggota pengawal keselamatan Masjid Negara ke sebuah pondok pengawal sementara mereka menunggu kedatangan kereta peronda polis.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian berlaku ketika solat Jumaat di rakaat pertama dan selesai imam membaca surah Al-Fatihah tiba-tiba datang suspek dari saf belakang terus menampar imam.

Selain itu juga, lelaki asing berkenaan kemudian segera bertindak merampas mikrofon kecil yang disangkut di jubah imam sebelum dipercayai berkata “You go back!” (awak pergi ke belakang) secara berulang kali.


Tiada kecederaan yang serius dilaporkan terhadap Mohd. Zuhairee, 39 tahun; dan beliau kemudian dilihat kembali untuk memulakan semula sekali lagi solat Jumaat yang telah tergendala itu kira-kira pukul 1.45 petang.

Sejurus selesai solat, jemaah berpusu-pusu ke pondok pengawal dan ada yang sempat merakam wajah lelaki terbabit yang dikawal ketat pihak pengawal keselamatan dan ahli jawatankuasa masjid serta anggota polis trafik.

tampar_arab_600

Anggota polis tiba di Masjid Negara sekitar pukul 2.10 petang sebelum membawa suspek tersebut yang disahkan berusia 31 tahun dan berasal dari wilayah Kashmir itu ke Balai Polis Tun HS Lee di sini untuk disoal siasat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah dalam satu kenyataan media mengesahkan kejadian tersebut, namun motif sebenar insiden berkenaan belum lagi dapat diketahui setakat ini.

Mangsa telah pun membuat laporan polis kira-kira pukul 3.14 petang Jumaat manakala suspek kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

https://www.youtube.com/watch?v=mnWIyWLbvDE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori