Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

IPC Tarik Hak Penganjuran...

LONDON - Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan...

Rusia Didesak Henti Guna...

LONDON : Sejumlah kumpulan hak asasi manusia mendesak Rusia supaya berhenti menggunakan senjata...

DAP Ada Penyakit ‘Gatal...

KUALA LUMPUR - Sikap pemimpin DAP yang berterusan suka menyerang Presiden Pas, Datuk...

Kaji Dulu Secara Sebelum...

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man meminta kerajaan persekutuan mengkaji dengan...

Video: Dua Wanita ‘Topless’ Ketika Persidangan Islam Di Perancis

PERSIDANGAN Islam yang diadakan di Pontoise, Perancis bertukar menjadi huru-hara apabila dua aktivis sosial wanita bertindak melakukan aksi tidak berbaju ketika majlis tersebut sedang rancak bersiar.

Menerusi video, mereka secara tiba-tiba melompat ke atas pentas dan memaksa dua orang lelaki dipercayai Imam untuk beredar dan melaungkan beberapa slogan sebelum pasukan keselamatan membawa mereka turun dari pentas berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=PnpPTjo_67E

“Tiada sesiapa boleh paksa saya menyembah kepada apa-apa pun,” demikian tertulis di atas buah dada wanita yang menimbulkan kekecohan.

Tidak beberapa lama kemudian, kedua-dua wanita berkenaan diusir daripada pentas dan dapat disaksikan salah seorang daripadanya telah disepak oleh salah seorang lelaki.

Kumpulan FEMEN diasaskan di Ukraine pada tahun 2008 dan dikatakan berpangkalan di Paris.


Mereka menggambarkan idealogi mereka melalui tiga perkara, sexterisme, atheis dan feminisme.

Pertubuhan tersebut terkenal dengan aksi melampau membuka baju di khalayak ramai di mana pada tahun 2014, mereka melakukan provokasi sewaktu program persidangan Islam yang diadakan di Berlin, German.

Serta pada 1 Mei lepas, aktivis FEMEN juga mengganggu ucapan Marine Le Pen pada sambutan Hari Mei dalam sebuah perhimpunan oleh Parti Kebangsaan Perancis juga di Paris. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori