SATU rakaman video litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi perempuan bertudung yang mendukung anak sambil mencuri di sebuah pusat beli-belah mendapat kecaman hebat menerusi media sosial.
Perbuatan memalukan itu berjaya dirakamkan oleh CCTV pada 25 September lalu, di kawasan mesin ATM pasar raya besar Giant, Batu 10, Kuching, Sarawak.
Menerusi video berdurasi 37 saat itu, kejadian didalangi seramai tiga perempuan di mana dua daripadanya dilihat menggunakan modus operandi ibu mendukung anak kecil bagi mengaburi mata mangsa.
Bagi kami, tipu helah ini amatlah licik di mana mungkin tiada siapa dapat menyangka ibu yang membawa anak kecil tergamak melakukkan perbuatan terkutuk terbabit
Rata-rata netizen di media sosial mengutuk tindakan wanita-wanita tersebut yang dilihat menjatuhkan maruah wanita Islam yang mengenakan hijab dijadikan sebagai helah.
“Memalukan… mencuri tu 1 hal lah… ni nak buat jahat je pakai tudung… masuk court kes khalwat, kes cerai, mesti pakai tudung… ingatkan tudung ni fesyen ke?” soal Hazama Abdullah.
“Allah… sedih dan memalukan… tambahan pula memberi contoh pada anak2 pulak tu… boleh jadi kerana nila setitik… rosak sebelanga…,” ujar Che NaSa Che AZni.
Meskipun rakaman CCTV tidak beberapa jelas, namun wajah ketiga-tiga suspek pasti boleh dikenal pasti pada rakaman bahagian CCTV yang lain di pasar raya terbabit. – Mynewshub.cc
Oleh: hzqahmd