HILANG respek kami terhadap seorang jurukamera wanita yang bertindak biadap menahan kakinya bagi menjatuhkan seorang pelarian Syria yang sedang mendukung kanak-kakak.
Petra Lazlo, yang bekerja untuk stesen N1TV dari Hungary, mengundang cemuhan apabila dia dirakamkan dengan jelas menendang migran yang melarikan diri, termasuk seorang gadis muda.
https://www.youtube.com/watch?v=sQp0srMcDeI
Video tersebut dirakam oleh seorang lagi jurukamera lain apabila Lazlo tanpa belas kasihan melakukan perkara sedemikian di sempadan Röszke, Serbia menyebabkan kedua-dua migran jatuh ke tanah .
Lazlo juga dikatakan adalah penyokong kuat parti Jobbik di Hungary, di mana salah satu ideologi penubuhan parti tersebut adalah menentang kemasukan migran.
Susulan tersebarnya rakaman ini dia dilaporkan telah dipecat oleh stesyen TV tempatnya bekerja menerusi mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu sepertimana dipetik daripada portal The Telegraph.
“Kami di N1TV tidak dapat menerima kelakuan yang berlaku di sempada Röszke. Hubungan kerja kami dengan jurukamera wanita itu telah tamat dan kes ini dianggap selesai,†kata kenyataan itu.
Ratusan migran melalui sempadan polis di Serbia berikutan suasan tegang pada Selasa.
Kumpulan tersebut adalah sebahagian daripada 1,500 migran yang menunggu berjam-jam di pusat pengumpulan pelarian berhampiran persimpangan Röszke, perhentian pertama sebelum dibawa ke kem pendaftaran. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
Sumber: Telegraph