DI KALA nilai matawang negara sedang tak menentu, seorang lelaki sanggup menghabiskan RM17,000 bagi mendapatkan sebuah Vapor ‘limited edition’ dalam sebuah acara lelongan baru-baru ini.
Rakaman acara lelongan tersebut yang mengumpulkan ribuan penggemar vapor tegar di seluruh Malaysia telah menjadi viral di Facebook.
Menerusi rakaman di sebuah lokasi yang dirahsiakan, seorang lelaki membuka lelongan vapor jenis Champion V2 by Stickman itu dengan meletakkan harga RM1,800 sebelum ia mula dibida dengan harga RM2,000.
https://www.youtube.com/watch?v=xqoY8mxHTK8
Proses bidaan tersebut akhirnya selesai selepas vapor tersebut dibida dengan harga RM17 ribu sehingga orang lain mengalah.
Seperti biasa, pelbagai pandangan dilemparkan netizen di laman sosial berkenaan harga vapor yang tidak masuk akal terbabit.
“Rokok yang murah di kedai cuma RM3 sahaja, bida sampai 17 ribu, lebih baik aku bagi makanan kepada anak,” kata zulwaqarakram.
“Ini tandanya orang Malaysia kaya-kaya!” ujar Mohd John berjenaka. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq