Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ariana Grande Akui Bercinta...

PENYANYI antarabangsa, Ariana Grande bukan sahaja tampil dengan imej dan gaya baharu, malah...

“Kepada Pemilik Kereta, Saya...

BUKAN mudah nak jumpa orang yang jujur mengaku kesalahan sendiri, malah bukan mudah...

Just how to Compose

We retain article paper-writers who will create on different kinds of specialities of...

Kadar Pengangguran Dijangka Turun...

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran dijangka turun antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus...

Video ‘Seliseh’ Papar Keakraban Kaum Di Tanah Melayu

BERTEPATAN dengan isu ketegangan antara kaum yang melanda negara kita sejak akhir-akhir ini, adalah lebih baik kita menghayati video cerita pendek berjudul ‘Seliseh’ ini.

Video ini diterbitkan oleh Ismail Kamarul yang mempunyai pengalaman menghasilkan 11 video komersil Petronas sebelum ini.

Memainkan isu kerjasama di antara dua kaum, ia menunjukkan babak pertemuan penuh prejudis di antara kedua-dua watak kanak-kanak perempuan.

Bagaikan ayam bercakap dengan itik, kedua-duanya tidak memahami apa yang disampaikan antara satu sama lain.

Namun, akhirnya mereka dapat juga berbaik-baik apabila berada dalam situasi genting yang memaksa mereka saling bekerjasama demi kebaikan bersama.

Daripada musuh mereka menjadi begitu rapat sehinggakan tidak mahu berpisah.


Mesejnya mudah, kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan hati kita mahu berbuat demikian.

Filem yang pendek tetapi sarat dengan pelbagai mesej perpaduan yang sangat wajar ditonton oleh semua.

Diharapkan selepas selesai menonton video ini, anda dapat memahami apa mesej yang cuba disampaikan oleh pihak produksi filem pendek ini.

Sama-sama kita hargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi negara sejak dari zaman kemerdekaan sehingga kini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori