VIDEO seorang lelaki yang bertawaf mengelilingi Kaabah dengan menggunakan alat pengangkutan ringkas atau lebih jelas “hands-free Segway” menimbulkan persoalan adakah perbuatan tersebut dibenarkan di dalam Islam.
Menerusi video yang kini giat diperkongsikan di laman Twitter, rata-rata netizen berpendapat jika lelaki tersebut sihat tubuh badanya, adalah wajar buatnya untuk berjalan kaki bagi menunaikan ibadah tersebut.
Tawaf Kaabah Pakai Alat Peluncur oleh mynewshub
“SubhanAllah…is this even halal?,” kata @MustafaHarun di laman mikro Twitter.
Manakala seorang pengguna mempersoalkan adakah semangat ketika bertawaf telah lentur akibat daripada permodenan di dalam kemajuan sains?
“Jika kesihatannya tidak berapa, dia sepatutnya menggunakan kerusi roda. Jika pihak berkuasa meremahkan hal sebegini, maka kita mungkin  sekarang mencipta inovasi baru untuk tidak memiliki lagi semangat tawaf itu sendiri,” ujar @MuhaammadKamil.
Adalah sebaiknya pengguna alat peluncur elektronik Segway ini tidak dibenarkan kerana kebiasaan orang ramai yang tawaf mengelilingi Kaabah adalah dengan berjalan dan bukannya ‘meluncur’.
Perbuatan lelaki tersebut sekali gus mungkin akan memberikan gangguan kepada orang ramai dan secara kasarnya ia seakan ‘mencuri’ ketika mengerjakan ibadah.
Apa yang pasti, netizen melahirkan kebimbangan adakah pengguna jenis pengangkutan ringkas ini bakal menjadi satu bentuk trend baru di Masjidil Haram. - MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq