SEORANG wanita dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyuntik silikon pada alat sulit seorang lelaki hingga menyebabkan mangsa yang berusia 22 tahun, menderita.
Wanita berkenaan, Kasia Rivera berdepan hukuman penjara lima tahun. Dia yang tidak mempunyai latihan perubatan sebelum ini terlepas daripada didakwa terhadap satu kes lain iaitu menyuntik silikon di punggung dan payu dara seorang wanita.
Rivera dikatakan melakukan suntikan tersebut sebanyak empat kali dalam masa dua tahun.
Rivera juga dikaitkan dengan dakwaan cuba menyogok juri. Pada bulan Mei lalu, tiga juri mendakwa telah ditawarkan wang sebanyak $5,000 sebagai sogokan.
Ia menyebabkan hakim menarik balik ikat jaminnya dan semua juri telah digugurkan. – MYNEWSHUB.CC
https://youtu.be/UKIhgkVNgxI