SEORANG wanita terkejut selepas gambarnya memakai pakaian untuk Halloween, dua tahun lalu, kini menjadi viral di media sosial.
Kate Killet, 24, yang juga seorang blogger ketika itu memakai pakaian ala-ala hipster dan telah dimuatnaik dalam Facebook dan Flickr pada 2012.
Menurut Kate, dia tidak sangka selepas dua tahun, orang ramai mula menghantar semula gambar itu kepadanya berserta dengan kapsyen.
“Orang ramai menggunakan muka saya dan mereka mempersendakan saya. Pelbagai kapsyen ditulis pada gambar yang diambil untuk Halloween itu,’’ katanya.
Orang ramai bertanya kepada saya sama ada saya marah atau kecewa apabila gambar saya dipemainkan sedemikian rupa, saya menyatakan kepada mereka bahawa saya sangat kecewa kerana ia berlaku di luar kawalan saya.
“Saya mahu mencari setiap orang yang memuatnaik gambar saya, tetapi ia bukan sifat saya,’’ katanya.
Susulan itu Kate memberi nasihat kepada orang ramai, jika mereka tidak mahu gambar mereka digunakan dalam media sosial, maka jadikan semuanya sebagai `private’. – MYNEWSHUB.CC