Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gunung Pulai Ada Potensi...

ALOR SETAR - Kawasan Gunung Pulai di Baling berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi...

Video ‘Seliseh’ Papar Keakraban...

BERTEPATAN dengan isu ketegangan antara kaum yang melanda negara kita sejak akhir-akhir ini,...

Pendayung Solo Tamat Misi...

LANGKAWI - Pendayung solo, Nadzeri Mustafa dari Kedah berjaya menamatkan misinya mengelilingi Semenanjung...

Tindakan Akan Diambil Terhadap...

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Warga Thai Ditahan, 5kg Daun Ketum, RM2,366 Dirampas

SHAH ALAM – Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Thai dan merampas lima kilogram daun ketum serta wang tunai RM2,366 dalam satu kejadian di Jambatan Muhibah, Pelabuhan Klang, dekat sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Azman Abdul Razak berkata dalam kejadian 5 petang di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) itu, pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang sedang melakukan rondaan, mengekori kereta suspek yang dilihat mencurigakan.

Kedua-dua lelaki yang menaiki Perodua Myvi berwarna putih cemas melihat kehadiran tiga anggota polis URB menyebabkan mereka memecut laju kenderaan memasuki persimpangan ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menuju Pelabuhan Klang.

“Kedua-dua suspek terus memecut kereta sehingga ke Jambatan Muhibah, Pelabuhan Klang dan cuba melanggar seorang anggota URB yang mahu menahan kenderaan mereka.

“Bagi mempertahankan diri, anggota URB berkenaan terpaksa melepaskan tembakan pada tayar kiri hadapan kereta suspek, namun mereka tekad menghimpit pula anggota polis itu ke sebelah kanan jalan raya,” katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Azman berkata tindakan suspek menyebabkan anggota URB yang sama bertindak memecahkan cermin tingkap sebelah pemandu untuk mempertahankan diri selain bagi memberhentikan kereta berkenaan.


Beliau berkata tindakan berani anggota pasukan URB itu berjaya menahan kedua-dua suspek iaitu seorang warga tempatan berumur 33 tahun dan seorang warga Thai berusia 30 tahun.

“Ketika ditahan, polis turut merampas lima kilogram daun ketum yang dijumpai di tempat duduk belakang dan bonet, sementara wang tunai dijumpai pada seluar seorang daripada suspek. Polis juga merampas kenderaan dinaiki kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut bagi mengetahui siapa pemiliknya,” kata beliau.

Azman berkata siasatan lanjut mendapati lelaki warga tempatan yang menetap di Shah Alam itu mempunyai satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955, kira-kira dua tahun lepas.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh selain disiasat di bawah Akta Racun 1952 kerana memiliki daun ketum. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori