Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bubar DUN Atau Buang...

NAMPAKNYA seperti kaduk sudah naik junjung. DAP Selangor dilaporkan 'mengugut' Menteri Besar Selangor, Mohamed...

Isa Ab. Hamid Angkat...

KUALA LUMPUR - Datuk Isa Ab. Hamid hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli...

3 Lelaki Indonesia Didenda...

KOTA TINGGI - Tiga lelaki warga Indonesia masing-masing didenda RM16,500 oleh Mahkamah Sesyen...

Bekas Pengarah Kastam KL...

SHAH ALAM - Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, melepas tanpa membebaskan bekas...

Wartawan Perlu Berperanan Dedah Kes Rasuah

PUTRAJAYA – Wartawan perlu memainkan peranan mendedah kes rasuah, kata Pegawai Transparensi dan Anti-Rasuah Inisiatif bagi Hak Peribadi Mesir, Osama Diab Rabu.

Diab berkata sekalipun wartawan tidak mempunyai kuasa eksekutif, namun penglibatan mereka mampu mencetuskan kesedaran dalam kalangan orang ramai.

“Kebanyakan pendedahan dilakukan secara tidak formal, diketuai rakan penyelidik malahan juga wartawan penyiasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di sini Rabu.

Terdahulu, beliau memperkongsikan pengalamannya pada sesi bengkel IACC ‘Breaking Cycle of Impunity: Why Truth Telling and Acoountability for Past Economic Crimes Matters’ (Memecah Kitaran Kekebalan: Mengapa Menyatakan Kebenaran dan Akauntibiliti bagi Jenayah Ekonomi Lepas Penting).

Turut hadir pada sesi itu Pengerusi Transparency International (TI), Jose Ugaz dan Pengarah Eksekutif African Centre for Open Governance (Kenya), Gladwell Otieno.


Diab menarik perhatian, dalam kebanyakan kes pendakwaan, tugas wartawan sering digunakan sebagai rujukan, dan di Peru, penglibatan media dianggap genting dalam mendedahkan kebenaran.

Persidangan dwi-tahunan selama tiga hari itu yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya disertai oleh 1,000 peserta dari 130 negara. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=toejyW8M8d0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori