Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Penjaga Gol Barcelona,...

LONDON - Bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes kini berlatih untuk Manchester United,...

PLUS Tawar Rebat 20%...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus...

Tiket Final Piala Malaysia...

KUALA TERENGGANU - Pertembungan final Piala Malaysia 2018 antara Terengganu FC (TFC) dengan...

1.3 Juta Peminjam Menjelaskan...

PUTRAJAYA - Seramai 1.3 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah...

Zahid Terima Kunjungan Hormat Pemimpin ASEAN

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, Hirubalan Veluppilla Ponnudura, para pemimpin dan pegawai kanan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-10 dan mesyuarat berkaitan di sini hari ini.

Pertemuan singkat yang berlangsung sebelum perasmian AMMTC itu disertai Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Myanmar, Kyaw Kyaw Tun; Setiausaha Bahagian Keselamatan Awam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, Peter Irving C. Corvera; Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Luar Kedua Singapura, Masagos Zulkiflie Masagos Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Sutee Markboon.

Pertemuan itu turut disertai Menteri Keselamatan Awam Vietnam, Trang Dai Quang; Menteri Tenaga Brunei, Pehin Datuk Dr Muhammad Yasmin Umar; Setiausaha Negara dan Kementerian Dalam Negeri Kemboja, Em Sam An; Ketua Polis Nasional Indonesia, Jeneral Badrodin Haiti dan Menteri Keselamatan Awam Laos, Brigadier Jeneral Polis Somkeo Sylavong.

Selepas pertemuan itu itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kemudian merasmikan AMMTC ke-10.


Beliau dijadual mempengerusikan sidang pleno AMMTC dan kemudiannya menandantangani Deklarasi KL iaitu Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Jenayah Merentas Sempadan dan Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Pergerakan Orang Tidak Teratur di Asi Tenggara.

Ahmad Zahid juga dijadual menjadi hos majlis makan malam rasmi secara tertutup malam ini.

AMMTC yang berlangsung selama empat hari dan mesyuarat berkaitan yang memasuki hari kedua hari ini akan diikuti dengan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Asean mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) pada Jumaat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori