Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Lagi Kes Ibu Bawa...

KUANTAN - Kerana tidak mampu bayar bil Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), seorang...

Alahai… Pulau Pinang Sekali...

GEORGE TOWN - Belum pun genap seminggu, Pulau Pinang dilanda lagi banjir kilat...

Bahasa Malaysia Bahasa Penyatuan...

KOTA KINABALU - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Jangkitan H1N1 Di Malaysia...

JASIN - Jangkitan H1N1 di negara ini masih terkawal dan Kementerian Kesihatan tidak...

Zoraya Hos Kacukan Sepanyol, Suka Menggembara

BUAT penonton setia rancangan The Truth: Islam In Al-Andalus, pasti anda mengenali gerangan pemilik nama Zoraya Vadillo Abdul Rahman ini.

Daripada namanya saja, mungkin anda tertanya-tanya sama ada Zoraya Vadillo mempunyai darah kacukan, ya, anda tak salah, memang gadis manis ini mempunyai darah campuran dua negara dari Malaysia dan Sepanyol.

zoraya
Hos program dokumentari The Truth: Islam in Anatolia, Zoraya Vadillo Abdul Rahman.

Zoraya dilahirkan di Granada, Sepanyol, tempat asal bapanya sementara ibunya merupakan anak jati Muar, Johor.

Gemar menggembara, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tawaran mengacarakan program dokumentari bagi musim kedua, The Truth:  Islam In Anatolia dilihat sebagai satu pengalaman berharga buat dirinya.

The Truth: Islam In Anatolia Papar Kekuatan Empayar Uthmaniyyah

“Program ini merupakan satu batu loncatan buat saya dan belajar daripada pengalaman mengacarakan musim terdahulu, saya cuba untuk mengurangkan kesalahan yang mungkin dilakukan pada musim pertama.

“Sama seperti musim pertama, saya buat penyelidikan sendiri sebelum terbang ke Turki agar saya dapat mendalami dan memahami maklumat yang perlu saya sampaikan kepada penonton,” kata gadis berusia 23 tahun ini.

Selain itu, minat menggembara ke seluruh dunia menyebabkan Zoraya berasa teruja mengacarakan rancangan bergenrekan travelogue berinformasi.

DCIM100GOPROGOPR0303.
Gaya bersahaja Zoraya ketika beraksi di hadapan kamera.

Menurut Zoraya, sebagai seorang Muslim, dia berasakan ianya merupakan satu tanggungjawab untuknya mempelajari dan memahami sejarah kebangkitan serta pemerintahan Islam yang sangat dikagumi masyarakat dunia pada satu ketika dahulu.


“Bagi saya sebagai seorang Muslim, ia adalah sangat penting untuk kita mengetahui mengenai sejarah serta latar belakang agama Islam serta sejarah pemerintahan Islam terutamanya Empayar Uthmaniyyah yang berjaya menyatukan hati masyarakat Rom, Balkan, Arab, Parsi dan Turki,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran The Truth:  Islam in Anatolia di Restoran Hadramawt, Kuala Lumpur, hari ini.

Zoraya sedang melakukan penggambaran di Karavansarai, Cappadocia.
Zoraya Vadillo berada dalam rumah gua yang terdapat di Cappadocia.

Selain bertindak sebagai hos, Zoraya juga merupakan penolong penerbit program ini.

Jadi, buat anda yang mahu mengetahui sejarah kebangkitan Islam di Turki atau nama asalnya Anatolia menerusi aspek sosial, politik, ekonomi dan budaya, jangan lupa temujanji anda dengan saluran TV Al-Hijrah (Astro 114) bermula 8 Oktober ini, jam 9 malam.

Menerusi program ini juga penonton berpeluang memenangi hadiah utama pakej percutian di Turki selama 12 hari 9 malam dengan menjawab beberapa soalan terkumpul sepanjang siri ini bersiaran untuk 13 episod.

Hadiah pakej percutian itu disumbangkan oleh Bestour & Travel (M) Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan seperti servis tempahan hotel, insuran melancong, pakej pelancongan dalam dan luar negara serta pakej percutian muslim. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=6D2z0tCgixk

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori