Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penyerang Jakarta Buat Panggilan...

KUALA LUMPUR - Seorang penyerang bom di Jakarta pada 14 Jan lalu telah...

Pukul Isteri Enggan Lakukan...

KUALA LUMPUR - "Isteri untuk disayangi bukan untuk dipukul. Kalau tak boleh sayang,...

Keluarga Cari Gadis Hilang...

 LABIS - Keluarga seorang gadis berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas menghadiri...

FOTO: Hanez, Romie Kata...

Setelah berteka-teki selama beberapa bulan, akhirnya pelakon sensasi, Hanez Suraya Abd Aziz, 29,...

PAS Marah DAP Henti Bantuan SAR Milik PAS Pulau Pinang

NAMPAKNYA permusuhan antara DAP dan PAS memang tidak dapat disembunyikan lagi. Sebelum ini parti Islam itu tidak dijemput sertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah mati.

Ironi, Parti Amanah Negara yang ‘djenamakan’ semula daripada Parti Pekerja Malaysia dan diwujudkan pemimpin PAS pro-DAP yang tewas dalam pemilihan pada muktamar PAS itu pula dipelawa menganggotai pakatan tersebut.

Di Pulau Pinang kebencian DAP terhadap PAS mulai timbul apabila sekutunya, PKR mendesak ADUN tunggal PAS dalam kerajaan negeri itu menyerahkan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang kepada PKR.

Sudahlah jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri itu dipegang oleh ADUN daripada PKR, kini PAS ‘dihalau’ secara halus sedikit demi sedikit bermula memecat ramai pemimpin PAS dalam pelbagai jawatan kerajaan negeri.

Dap-Penang

Itupun penyokong PAS di Pulau Mutiara masih belum sedar diri dan menganggap semua itu konon sebagai dakyah jahat pihak BN bagi menjatuhkan semangat mereka yang tetap tegar setia sokong DAP hanya kerana benci BN.

Terbaharu kerajaan DAP Pulau Pinang dilaporkan menghentikan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di negeri tersebut dan berita memalukan itu tidak dilaporkan mana-mana portal pro-pembangkang pun.

Sebaliknya pemimpin PAS dilaporkan portal AgendaDaily meminta penjelasan lanjut dakwaan bahawa ada bantuan untuk SAR yang ditarik balik daripada beberapa buah institusi milik persendirian ahli-ahli PAS negeri.


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, SAR diuruskan PAS itu telah mendapat bantuan tahunan sejak Pilihan Raya Umum 2008 tetapi akhir-akhir ini telah dihentikan.

MohamadKhairuddinAmanRazali_10012013_tminazirsufari_001_540_360_100
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali

Bahkan, katanya surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah SAR terbabit didakwa telah ditarik balik tanpa sebab jelas menyebabkan mereka tiada lagi sumber kewangan untuk meneruskan operasi harian.

Justeru, tegasnya Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan kerajaan DAP Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti pemerintah sebelum ini yang tidak memberi bantuan kepada SAR milik PAS kerana sentimen politik.

“Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan serta hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kesimpulannya, jika PAS mendakwa pemerintahan BN dulu teruk, namun kini mereka terpaksa ‘menjilat balik ludah’ sendiri kerana pemerintahan DAP jauh lebih teruk malah lagi amat zalim. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori