Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Komanwel 2018: 3 Disenarai...

KUALA LUMPUR - Tiga atlet berprestasi tinggi telah disenarai pendek untuk dipilih sebagai...

Perogol Bertemu Dengan Mangsa...

LELAKI ini, Gary Mottershead menyangka dia akan dapat melepaskan diri daripada rogol dan...

Video: Transformer Muslimah Kini...

'TRANSFORMER' Muslimah, patuh undang-undang syariah kini sudah mendarat di Malaysia dan Singapura. Bagaimanapun, transformer...

Import Makanan Ayam Antara...

POKOK SENA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenal pasti...

12 Sekolah SJKT Melaka Terima Peruntukan RM640,000

ALOR GAJAH – Sebanyak 12 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini menerima peruntukan berjumlah RM640,000 daripada kerajaan bagi penambahbaikan infrastruktur sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata pemberian peruntukan itu dilakukan menerusi fasa keenam di bawah Pakej Rancangan Khas 2013.

Beliau berkata peruntukan tersebut melibatkan tujuh SJKT di daerah Alor Gajah dan lima SJKT di daerah Jasin.

“Lima SJKT di daerah Jasin yang menerima peruntukan ini ialah SJKT Batang Melaka, SJKT Ladang Bukit Kajang, SJKT Ladang Diamond Jubilee, SJKT Ladang Serkam dan SJKT Jasin Lalang.

“Manakala tujuh SJKT di daerah Alor Gajah ialah SJKT Ladang Gadek, SJKT Ladang Sungai Baru, SJKT Ladang Kemuning, SJKT Pulau Sebang, SJKT Ladang Tebong, SJKT Bukit Asahan dan SJKT Alor Gajah,” katanya selepas majlis penyerahan Peruntukan Khas Bagi SJKT di Melaka di SJKT Alor Gajah di sini, hari ini.

Kamalanathan berkata peruntukan tersebut akan membantu SJKT membuat penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur termasuk bilik darjah, kantin, tandas, dan sebagainya bagi memenuhi keperluan sekolah.


“Peruntukan ini merupakan pakej sebanyak RM18 juta bagi tahun 2013 yang diagih secara berperingkat kepada 300 SJKT terpilih di seluruh negara.

“Setakat ini sebanyak 111 buah sekolah SJKT di Kedah, Pulau Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Melaka telah menerima peruntukan ini,” katanya.

Beliau berkata pengagihan peruntukan berkenaan di seluruh negara dijangka selesai hujung bulan ini dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori