Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hanez Suraya Keluarkan Tudung...

RATA-RATA wanita pasti setuju Hanez Suraya bertambah jelita selepas bertudung, apatah lagi dengan...

Kim Swee Umum 26...

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim...

Cara Nak Ajar Orang...

BENGANG tak kalau kita menghantar pesanan teks ringkas dengan harapan penerima itu akan...

Waris Jemaah Hilang Buat...

MAKKAH - Waris kepada dua jemaah haji Malaysia, yang dilaporkan hilang dalam tragedi...

Sufi Dinobat Juara Akademi Fantasia 2015

KUALA LUMPUR – Persaingan sengit empat finalis Akademi Fantasia 2015 menobatkan peserta kelahiran Singapura, Sufi, 24, selaku juara di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi.

Kemenangan Mohammad Sufie Rashid sekali gus mengetepikan tiga pencabar lain membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn. Bhd. Sufi menyanyikan dua buah lagu iaitu ‘Andaiku Bercinta lagi’ dan sebuah lagu baharu yang berjudul ‘Kisah Dua Muka’ ciptaan beliau sepenuhnya.

Naib juara pula dimenangi oleh Syamel Aqmal Mohd Fodzly (Syameel), 22, yang mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, trofi dan hadiah lain.

Tempat ketiga dimenangi oleh Nurnajmi Nabila Samsaidi (Bila), 19, yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi manakala Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman (Shahrul), 19, pula mendapat tempat keempat dan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi.


Seramai 22 orang pelajar daripada 11 musim sebelum ini turut membuat persembahan menuju puncak pada malam kemuncak ini.

Barisan juri diketuai oleh juri tetap Datuk Ramli MS manakala juri jemputan pula ialah Datuk Aznil Haji Nawawi, Datuk AC Mizal dan Fauziah Datuk Ahmad Daud. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori