KOTA KINABALU – Polis menahan 14 individu termasuk lapan wanita yang leka bermain judi dadu di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Mantus, Pitas semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Mohd Isa Yusof berkata individu berkenaan berumur lingkungan 37 hingga 63 tahun dan merupakan warga tempatan.
“Turut dirampas ialah wang tunai bernilai RM4,090 dan peralatan judi,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun menurutnya, terdapat kaki judi yang berjaya melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak polis. – BERNAMA