RAKYAT Malaysia memang dikenali suka makan.
Makanan dan orang Malaysia memang tidak dapat dipisahkan bahkan sudah menjadi satu budaya di negara kita.
Sehubungan itu, satu festival makanan besar-besaran untuk tahun ini, FoodGasmFest 2015 akan diadakan bagi menjamu selera pencinta-pencinta makanan terutamanya buat penduduk di sekitar Lembah Klang.
Terdapat lebih daripada 150 vendor mengambil bahagian akan menjual produk makanan dan minuman yang pastinya mengamit selera anda.
Antara yang bakal dijual ialah makanan-makanan seperti pisang goreng cheese, pizza, pelbagai manisan sedap seperti pavlova, tart coklat dan ais krim kelapa yang kebanyakannya diusahakan anak muda tempatan.
Jadi, jangan lupa bawa tikar piknik, kaca mata hitam dan bersedia untuk bersantai dalam event makanan terbesar tahun ini yang adakan diadakan pada 1 November di Dataran Petaling Jaya (berhadapan Amcorp Mall). – MYNEWSHUB.CC
Behind the Scene: food truck
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=6FcevsNRWcg]