Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

4 Ultras Malaya Termasuk...

SHAH ALAM - Empat penyokong pasukan Harimau Malaya (Ultras Malaya) termasuk seorang penuntut...

WhatsApp Kini Boleh Tag...

KETIKA berada dalam WhatsApp Group, mungkin agak sukar untuk anda tujukan sesuatu mesej...

Pertahan Kekuatan, Kesucian Islam...

PUTRAJAYA - Kekuatan dan kesucian agama Islam yang sering dicemburui, perlu dipertahankan dengan...

Euro 2016: De Gea...

MADRID - Penjaga gol Manchester United David De Gea telah digugurkan dari skuad Sepanyol...

Malaysia Boleh Tarik Diri Jika ‘Kurang Selesa’ Dengan TPPA

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada bila-bila masa, walaupun selepas pelaksanaannya, jika berasa ‘kurang selesa’, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Malaysia juga tidak akan dikenakan denda atau penalti jika menarik diri daripada perjanjian itu kerana TPPA adalah perjanjian sukarela.

“Bagaimanapun, sekiranya kita menarik diri, kita akan menjadi kurang kompetitif ‎berbanding negara-negara ahli yang lain,” katanya pada sesi #TanyaGomen di sini, semalam.

Beliau berkata TPPA akan dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen serta hanya ditandatangani sekiranya mendapat persetujuan Parlimen.

Jika ditandatangani, TPPA perlu melalui proses ratifikasi selama dua tahun yang akan melibatkan penggubalan dan pindaan undang-undang untuk diselaraskan dengan TPPA, dan jika undang-undang yang dibentang tidak dipersetujui oleh Parlimen, Malaysia boleh membatalkan perjanjian, katanya.


Mustapa juga berkata kandungan TPPA akan didedahkan kepada umum dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi memastikan masyarakat mendapat gambaran sebenar perjanjian.

Beliau turut memberi jaminan pelaksanaan TPPA tidak akan menyebabkan kemasukan barangan bawah piawaian ke Malaysia.

“Kita ada dasar-dasar negara, kita ada SIRIM untuk memastikan barang-barang yang diimport mengikuti piawaian. Dasar-dasar ini akan diteruskan,” katanya yang menambah jika perkara seumpama berlaku, ia disebabkan penguatkuasaan tidak berkesan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Nx5dM9KS6jU[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • TPPA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori