Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tetapkan KPI Bagi Selesai...

GURUN - Jabatan Agama Islam di negeri-negeri perlu menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI)...

JDT Tak Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa media di Malaysia seperti...

Daftar Anak, Elak Masalah...

JOHOR BAHRU - Setiap pasangan yang dikurniakan cahaya mata perlu segera mendaftarkan anak...

Pekerja HKL Dikecam, Bersikap...

KEJADIAN yang berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini pasti membuatkan anda 'panas'.Baru-baru...

Syarikat China ‘Paksa’ Pekerja Kirim Wang Pada Ibu Bapa

BEIJING — Sebuah syarikat China berusaha menggalakkan semua pekerjanya untuk menghormati ibu bapa mereka dengan cara mengirimkan sebahagian daripada gaji yang diterima langsung kepada orang tua sendiri.

Perusahaan tempatan tersebut dilaporkan media sebagai bergerak aktif dalam perniagaan salon kecantikan yang memiliki banyak cawangan dan beribu pejabat di pusat bandar raya Guangzhou, ibu wilayah Guangdong.

Seorang jurucakap syarikat berkenaan, Lu Meiye, menyatakan, rata-rata sebilangan besar petugasnya adalah golongan muda, yang tidak memiliki latar belakang pendidikan tinggi dan berasal dari kawasan luar bandar.

Dia menjelaskan, perusahaan rangkaian salon kecantikan itu ingin memberikan inspirasi rasa hormat anak kepada orang tua dalam kalangan pekerja dan membantu syarikat tersebut mempertahankan perasaan belas kasihan.

Menurut Lu, pelaksanaan arahan wajib tersebut sebenarnya sudah pun berjalan lancar selama tiga tahun lalu dan sering disampaikan kepada setiap calon petugas ketika proses temuduga untuk pengisian pelbagai jawatan kosong.

“Mereka yang tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan menerusi peraturan khas ini memang pun tidak akan diterima masuk,” kata beliau yang dipetik oleh stesen penyiaran antarabangsa terkenal BBC baru-baru ini.


Rata-rata gaji bulanan pokok di syarikat berkenaan ialah 3,000 yuan (kira-kira RM1,975). Gaji pekerja yang belum berkahwin akan dipotong langsung 10 peratus dan bagi yang sudah berumah tangga akan dipotong 5 peratus.

Pihak ibu pejabat syarikat kemudian langsung mengirimkan hasil potongan wang gaji tersebut kepada orang tua si pekerja masing-masing waima yang dikesan menetap nun agak jauh di kawasan hulu pedalaman.

Pada 2013 lalu, pemerintah China memperkenalkan undang-undang baharu yang mewajibkan anak menziarahi ibu bapa mereka dan boleh dikenakan tindakan berat jika gagal berbuat demikian tanpa alasan munasabah.

Amalan hormat kepada ibu bapa dianggap sebagai salah satu nilai utama di dalam kehidupan masyarakat tempatan dan kebudayaan kaum China sejak ribuan tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori