Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Semakan Perintah Long Tiger...

Muar : Mahkamah Tinggi Muar menetapkan 1 Jun ini sebagai tarikh bagi keputusan...

Pegawai Tadbir Minta Habuan...

ALOR SETAR (Kedah) - Seorang Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dihadapkan...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan...

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad...

Tambang Percuma Sebulan Di...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid...

1,830 Pelarian Hanyut Diselamatkan Di Perairan Libya

ROM – Lebih 1,830 pelarian diselamatkan daripada enam bot yang dijumpai hanyut di Laut Mediterranean, berhampiran perairan Libya, demikian menurut pengawal pantai Itali, hari ini.

Kesemua 1,830 orang dibawa ke pantai menerusi enam operasi berasingan bagi menyelamatkan pelarian berkenaan.

Tiga bot Itali dan satu kapal masing-masing dari Britain dan Ireland, menyertai misi menyelamat di bawah Kesatuan Eropah (EU) atau EU Navfor Med.

Lebih setengah juta migran dan pelarian sudah mendarat di pantai Eropah sepanjang tahun ini, demikian menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kira-kira 2,980 pelarian terkorban atau hilang dalam percubaan mereka belayar di lautan. Kebanyakan mereka adalah melarikan diri dari negara berkonflik, terutama Libya dan Syria serta negara rantau Asia Barat dan Asia. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori