Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Krisis Air Selangor: Loji...

BONGKAR.... Masalah serius gangguan bekalan air membabitkan 498 kawasan sekitar Lembah Klang sejak...

Intan Ladyana: Hubungan Kami...

 Kisah percintaan antara Kamal Adli dan Intan Ladyana masih lagi menjadi tanda tanya...

MOSTI Peruntuk Dana RM30...

MELAKA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan Dana Malaysia Social Innovation...

Jerebu: Bomba Sedia Kerah...

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia mengerah 1,200 pegawai...

19 Maut Akibat Jerebu Teruk Di Indonesia

BENCANA jerebu teruk yang menyelubungi beberapa wilayah Indonesia telah mengakibatkan angka kematian meningkat kepada 19 orang, manakala ribuan penduduk yang lain menghidap pelbagai penyakit berikutan kualiti udara berada pada paras berbahaya.

Angka korban itu disahkan oleh Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansa.

“Setakat pagi ini, terdapat 19 orang yang meninggal dunia akibat jerebu,” katanya.

Jelasnya, 5 mangsa adalah dari Kalimantan Tengah, 5 mangsa dari Sumatera Selatan, 5 mangsa dari Riau, 1 mangsa dari Jambi dan 3 mangsa dari Kalimantan Selatan.

Sebelum ini, agensi Indonesia mendakwa 10 orang telah meninggal dunia akibat menghadapi masalah pernafasan dan sebilangan daripada mereka adalah yang terlibat ketika memadamkan kebakaran.


Bencana jerebu ini dilaporkan berlaku sejak lebih dua bulan lalu akibat kebakaran hutan di Indonesia hingga menyebabkan sebahagian besar kawasan Asia Tenggara diselubungi asal tebal.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan banyak penerbangan dan pelbagai acara dibatalkan, manakala sekolah dan pusat beli-belah ditutup. – AGENSI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori