Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wow! Jam Pintar Apple...

SYARIKAT paling bernilai di dunia, Apple telah pun menjadualkan sebuah acara khas pada 9 Mac...

Jeff Ooi Janji Akan...

GEORGE TOWN - Anggota Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun akan hadir...

Pegawai K’jaan Suspek Rekrut...

KUALA LUMPUR - Pegawai kerajaan yang ditahan kerana disyaki merekrut ahli untuk menyertai...

Tambah Baik Undang-Undang Sedia...

KUALA LUMPUR - Beberapa undang-undang sedia ada termasuk Akta Profesion Undang-Undang 1976 (LPA)...

1MDB Tuduh DAP Cuba Gagalkan Pelan Rasionalisasinya

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) berkata, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dipacu oleh agenda politik yang bertujuan menggagal dan menghalang pelaksanaan pelan rasionalisasinya.

Mengulas kenyataan DAP yang dikeluarkan pagi ini, 1MDB berkata, ia secara konsisten menyatakan yang jika terdapat sebarang salah laku, tindakan perlu diambil berdasarkan undang-undang.

Menurut laporan berita, DAP mempersoal sama ada pegawai tinggi 1MDB mengelirukan lembaga pengarahnya dalam keputusan pelaburannya.

“Sebagaimana diketahui DAP, 1MDB kini disiasat oleh Polis Diraja Malaysia dan Ketua Audit Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah Ketua Audit Negara membentangkan laporan sementara mengenai penemuan awal siasatannya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bersifat bi-partisan pada Jun 2015, dengan laporan akhir akan dikeluarkan pada akhir tahun, katanya.

DAP sedar mengenai perkara ini, kata 1MDB, kerana anggota PAC termasuk anggota Parlimen DAP, Dr. Tan Seng Giaw dan Tony Pua.


“Siasatan oleh pihak berkuasa undang-undang adalah forum yang sesuai untuk fakta dan kebenaran ditentukan.

“Oleh itu kami terkejut, DAP seolah-olah berhasrat untuk terus menjadikannya isu umum, didorong oleh apa yang boleh dianggap sebagai pertimbangan agenda politik,” katanya.

1MDB berjanji untuk terus memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang menyiasat syarikat itu, tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori