Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kedah Catat Peningkatan Kes...

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 9.2 peratus kes demam denggi atau 95...

Drpd Kongkong, Lebih Baik...

JIKA berkahwin dengan golongan selebriti terutamanya pelakon, pastinya mental seseorang itu perlu kuat...

Taiping Ketiga Paling Lestari...

BANDAR Taiping, Perak telah diiktiraf sebagai bandar ketiga paling lestari di dunia dalam...

Bomba Selamatkan Budak Dari...

PENDUDUK sebuah pangsapuri di Pandan Mewah, Ampang, hari ini digemparkan dengan kejadian seorang...

2 Pegawai Imigresen Bebas Daripada Tuduhan Bunuh PATI

KANGAR- Dua pegawai Imigresen terselamat daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi Kangar pada Khamis melepas dan membebaskan mereka dari tuduhan membunuh seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) setahun lepas.

Pegawai terbabit, Mohd Aminudin Mohd Yasin dan Zuhairul Efendy juga tidak dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan itu membabitkan lelaki warga Bangladesh.

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh.

Mereka didakwa menyebabkan kematian Abu Bakar Siddique di bilik pantri Jabatan Imigresen di aras 2 Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kangar antara pukul 10 pagi hingga 11 malam 29 Oktober 2014.

Kedua-dua tertuduh berumur 32 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.


Abu Bakar yang membacakan keputusannya berkata mahkamah mendapati terdapat percanggahan keterangan saksi-saksi kes itu manakala laporan perubatan tidak membuktikan mangsa mati akibat dipukul oleh kedua-dua tertuduh, katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif menjalankan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Rahmathullah Baharudeen.

Kedua-dua tertuduh berpelukan dan mengucapkan kesyukuran sebaik Abu Bakar membacakan keputusannya. Beberapa rakan dan keluarga mereka yang berada di mahkamah turut menangis gembira dengan keputusan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori