Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Nafi Dakwaan Ibu...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan yang mengatakan keluarga Nora Anne Quoirin, 15,...

Bicara Laporan Audit 1MDB:...

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir di Mahkamah Tinggi di Kuala...

Mustahil UMNO Hilang Arah...

BIDAS... Berdalih dengan cuba guna alasan kononnya parti sudah hilang hala tuju bukanlah...

Beri Keutamaan Kepada Barisan...

KUALA LUMPUR - Anggota Barisan Nasional (BN) khususnya daripada gerakan belia, harus mengetepikan...

2 Tapir Malayan ‘Berbulan Madu’ Di Jepun Selama 10 Tahun

PUTRAJAYA – Dua ekor Tapir Malayan bakal memulakan perjalanan mereka ke Jepun untuk kehidupan ‘bulan madu’ selama 10 tahun susulan Malaysia dan Jepun menandatangani perjanjian kerjasama pemuliharaan tapir.

Perjanjian itu ditandatangani antara ketua pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abd. Rashid Samsudin dan pengarah Nagasaki Bio Park, Satoshi Yamaguchi.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, di sini, Selasa.

Di bawah perjanjian tersebut sepasang tapir Malayan jantan berumur dua tahun dikenali sebagai Im, dan tapir betina, Bertam berumur tiga tahun akan dihantar ke Jepun untuk tempoh dua minggu bermula hari ini.

Kedua-dua tapir tersebut atau turut disebut dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai tenuk atau cipan berasal dari Pusat Pemuliharaan Tapir di Sungai Dusun, Selangor.

Melalui kerjasama itu, dua tapir ‘bertuah’ ini bakal ditempatkan di Nagasaki Bio Park dalam suasana persekitaran yang hampir serupa dengan habitat asalnya di Malaysia.

Wan Junaidi dalam ucapannya berkata kerjasama seumpama itu menyediakan peluang yang cukup kepada pasukan penyelidikan Perhilitan dan Nagasaki Bio Park menjana dan berkongsi ilmu serta maklumat mengenai pengurusan hidupan liar, pelancongan eko, pengurusan taman dan program pembiakan.


Katanya, tapir Malayan merupakan hidupan liar yang unik dan terbesar kalangan empat spesies tapir hidup. Ia merupakan spesies tunggal berwarna hitam dan putih.

“Ia dianggap binatang berhabitat umum yang bermakna taburan meluas termasuk paya gambut dan kawasan rendah gunung yang berhutan. Dianggarkan ada antara 1,100-,1500 tapir yang hidup dalam habitat liar,” jelasnya.

Sementara itu, Miyagawa dalam ucapannya berkata tapir merupakan binatang yang memukau dan pasangan tapir terbabit akan dibenarkan untuk bergerak secara bebas serta berinteraksi dengan pelawat Nagasaki Bio Park.

“Ada alasan spesifik masyarakat Jepun dengan tapir. Terdapat mitologi Jepun bahawa tapir memakan manusia dan kami berharap tapir-tapir ini akan menghapuskan stigma ‘kengerian’ ini,” ujarnya. – mStar

 

[wpdevart_youtube]pbVNHjJUZeE[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • tapir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori