Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dah 3 Bulan Hilang.....

KUALA LUMPUR - "Tiada apa lagi yang saya harapkan pada tahun ini melainkan...

Wanita Melayu Pertama Bakal...

SINGAPURA - Selepas 47 tahun, individu Melayu akhirnya bakal mengisi jawatan presiden republik...

Solat Jemaah Di Johor...

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan solat berjemaah di...

Rakyat China Berebut Beli...

SEKARANG ini telah menular satu trend di China, di mana kebanyakan rakyatnya sedang...

Soalan Buku Tatabahasa Tahun 5 Tanya “Siapa Juara AF8?”

TAK tahu pula kami, murid Tahun Lima alaf ini rupanya perlu juga mengambil tahu hal-hal berkenaan industri hiburan.

Mana tidaknya, rasa lucu campur keliru jadinya apabila satu soalan dalam buku latihan tatabahasa bagi murid Tahun Lima memuatkan soalan bertanyakan “Siapakah juara Akademi Fantasia ke 8?”.

Lebih mengejutkan, nama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut dikaitkan sebagai salah satu jawapan objektif untuk soalan tersebut.

Helaian soalan itu yang kemudiannya dikongsikan di laman sosial itu mengundang tanda tanya tentang apakah motif soalan sebegitu perlu ditanya kepada murid tahun 5 dan dikaitkan pula dengan nama pemimpin negara.


Soalan bernombor 24 itu disertakan empat pilihan jawapan iaitu; (A) Datuk Seri Najib, (B) Encik Baharum, (C) Datin Umi Kalsom dan (D) Shahrir.

Bagaimanapun, kami berpendapat tak mustahil juga sekiranya soalan ini dirumus khas untuk menduga sudut berfikir luar kotak seorang murid tahun 5 yang mungkin tak menonton pun program hiburan Akademi Fantasia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori