Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SEGERA: BN Kekal Kemenangan...

TUMPAT - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

3 Strategi Pemberian Vaksin...

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menetapkan pemberian vaksin diberikan mengikut tiga...

Selangor FC Sedia Terima...

SELANGOR FC (SFC) terbuka menerima apa sahaja kemungkinan yang bakal mereka tanggung selepas...

MB Negeri Sembilan Masuk...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang baru-baru ini selamat menjalani...

Denmark Pengeksport Terbesar Sperma Ke 80 Negara

COPENHAGEN – Sebuah syarikat terkenal Denmark mencipta rekod tersendiri apabila mendedahkan ia sudah lama aktif dalam kegiatan eksport komoditi yang langsung tidak difikirkan oleh firma-firma lain di dunia.

Syarikat dikenali sebagai Cryos International ditubuhkan pada 1987 lalu oleh graduan pengajian perniagaan universiti Aarhus, Ole Schou kini boleh berbangga apabila diiktraf menjadi bank sperma terbesar di dunia.

Perusahaan bank air mani tersebut mengeksport sperma yang disimpan dalam botol kecil khas kepada lebih 80 buah negara dan dikatakan sudah berjaya ‘menghasilkan’ kira-kira 27,000 orang bayi di seantero muka bumi ini.

Kami mengeksport 96 peratus daripada hasil keluaran kami. Cryos sudah menjadi seperti sebuah jenama popular. Bilangan dan kualiti produk kami sangat penting,” jelas Schou yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Beliau menjelaskan, ketika ini firmanya memiliki 1,000 orang penderma sperma yang dibayar dengan pelbagai kadar tertentu daripada serendah AS$15 (RM64) sehingga AS$76 (RM324) untuk setiap botol air mani mereka.

Ole-Schou-Cryos
Ole Schou

Namun, sperma daripada penderma wajib lulus ujian tertentu dan diluluskan sebelum ia kemudian dijual dengan harga daripada semurah AS$45 (RM192) sehingga yang paling mahal pernah cecah nilai AS$1,137 (RM4,848).

Siapakah sebenarnya pasaran terbesar eksport sperma ini? Schou menjelaskan, permintaan tertinggi daripada wanita bujang terlajak usia iaitu melibatkan kira-kira 50 peratus pelanggan syarikat itu hampir tiga dekad lalu.

Beliau menyatakan, pihak Cryos menyasarkan segmen pasaran kelompok pengguna wanita tunggal dapat meningkat sehingga 70 peratus daripada keseluruhan permintaan dalam tempoh waktu lima tahun akan datang.

Bagaimanapun Schou tidak menafikan usaha ‘murni’ Cryos masih mengalami beberapa masalah antaranya untuk mendapatkan penderma air mani terbaik dengan latar belakang profesional bagi memenuhi permintaan pasaran.


Ini masih menjadi halangan utama kepada kami,” kata beliau kerana secara dasarnya menjadi penderma sperma bukanlah hal yang mudah, malah pekerjaan itu sukar berbanding sekadar melancap untuk memancutkan air mani.

Cryos-Denmark
Petugas Cryos sedang meneliti sperma yang didermakan sebelum dijual.

Bakal seorang penderma yang berpotensi perlu mengunjungi klinik dua kali dalam seminggu selama beberapa bulan. Dia juga tidak boleh merokok, mengambil ubat kimia bahkan dilarang bercinta sepanjang proses tersebut.

Ini untuk memastikan bayi yang bakal dilahirkan pelanggan mereka itu tidak mengalami sebarang masalah dan bebas daripada apa-apa penyakit berbahaya atau ‘mewarisi’ tingkah laku buruk hasil baka daripada perdermanya.

Justeru, setiap tahun syarikat itu berupaya menjual kira-kira 2,000 botol sperma untuk wanita ‘mengidam’ hamil sama ada anak lelaki atau perempuan bermuka iras Skandinavia yang juga bijak, aktif, cergas serta sihat badan.

Tidak hairanlah Cryos menjadi pilihan majoriti wanita di dunia untuk mendapatkan air mani berkualiti tinggi sehingga ada jenaka mendakwa Denmark kini ‘mengeksport’ bayi berwajah Viking ke serata pelusuk muka bumi.

Namun, bagi masyarakat Islam, amalan ini adalah ‘dilarang keras’ menurut ajaran agama kerana dibimbangi boleh merosakkan keturunan manusia dan menghancurkan nilai institusi kekeluargaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori