Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Haiza Kesal Persepsi Negatif...

PETALING JAYA - Penyanyi Haiza kesal apabila diberi amaran tentang cara pemakaiannya ketika...

Atilia Amal Perubatan Cina,...

SETIAP pasangan suami isteri mendambakan hadirnya buah hati di antara mereka sebagai pelengkap kebahagiaan...

Mana Satu Betul? MAS...

Isu pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS) diumumkan akhir Ogos lalu oleh Khazanah Nasional...

Tunang Pemandu Perodua Myvi...

JOHOR BAHRU - Tunang pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam...

4 Restoran India PJ Tipu Hidangan Daging Kambing?

PETALING JAYA – Wakil rakyat DAP menggesa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil tindakan ke atas empat restoran India di sini yang didakwa menipu pengguna Hindu mengenai menu daging kambing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R. Rajiv berkata, beliau mendapat aduan restoran terbabit menghidangkan daging lembu untuk menu daging kambing kepada pelanggan beragama Hindu.

“Berita mengenai empat restoran India di Petaling Jaya menawarkan menu daging kambing tetapi sebenarnya daging lembu membimbangkan masyarakat Hindu yang tidak makan daging lembu atas faktor agama.

“Ini berita yang mengejutkan dan tersebar luas menerusi WhatsApp dan saya sendiri telah menerima banyak aduan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Menurutnya, pihak berkuasa termasuk Jabatan Kimia dan MBPJ perlu melakukan siasatan ke atas restoran terbabit dan mengenakan tindakan jika dakwaan itu benar.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan hidangan daging kambing yang dijual di restoran-restoran bukan daging lembu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori