Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Menteri Pengerusi Mesyuarat J/K...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang mengadakan lawatan kerja ke Bali,...

Mangsa Banjir Di Maran...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Maran berkurangan kepada 228 orang daripada 53...

Hadi Terus Bangkitkan Isu...

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dipanggil polis semalam susulan kenyataannya berbaur hasutan,...

Taufan Harvey Diramal Terus...

HOUSTON - Banjir akibat Taufan Tropika Harvey, yang sudah meragut tujuh nyawa di...

46 Stesen Pemancar Di Labuan Dinaik Taraf Kepada LTE – Salleh

LABUAN – Sebanyak 46 stesen pemancar telekomunikasi akan dinaik taraf kepada evolusi jangka panjang (LTE) bagi membolehkan kelajuan penembusan jalur lebar di pulau bebas cukai ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak berkata pelaksanaan kerja-kerja naik taraf itu sedang rancak dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Beliau berkata selain itu, 12 stesen pemancar baharu turut dibina di bawah perancangan komersil syarikat pemberi perkhidmatan telekomunikasi Celcom, DiGi dan Maxis yang dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun depan.

“Ini adalah usaha kerajaan dalam memastikan setiap pelosok tanah air mendapat liputan dan kelajuan kemudahan Internet, selain ia penting dalam menarik pelaburan selari dengan status Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa serta minyak dan gas.

“Saya akan memberi perhatian khusus kepada Labuan,” katanya ketika merasmikan Hari Anugerah Inovasi 2015 di sini, hari ini.


Salleh berkata sebanyak 2,952 port baharu akan diwujudkan melalui program Fasa 2 Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dan 2,496 port baharu di bawah program Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB).

“Penduduk Labuan bakal menikmati perkhidmatan UniFi yang menawarkan kelajuan jalur lebar bermula 5Mbps sehingga 100Mbps. Pelaksanaan projek oleh Telekom Malaysia Bhd. ini telah dimulakan dan dijangka siap pada tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata kadar penembusan jalur lebar di Labuan telah mencapai 76.1 peratus pada suku kedua tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori