Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Empat Pasangan Bernikah Sempena...

KUALA LUMPUR - Kemuliaan tarikh 1 Muharam 1436 Hijrah dipilih oleh empat pasangan...

Pelajar IPT Tinggal Di...

PUTRAJAYA - Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggal di asrama masing-masing sepanjang tempoh...

Sanggup Tahan Sakit Dicucuk...

Colombia – Demi perjuangannya bagi mengharamkan sukan lawan lembu, seorang wanita, Fanny Pachon,...

Penumpang Teksi Meningkat Selepas...

PETALING JAYA - Pengasas dan penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Shamsubahrin...

6 Kanak-Kanak Maut Tertimbus Tanah Liat Di Nepal

KATHMANDU – Enam kanak-kanak maut apabila mereka tertimbus di bawah runtuhan timbunan tanah liat di Dodadhara, Kailali, kira-kira 650 kilometer di barat Kathmandu, semalam.

Menurut polis, kanak-kanak berkenaan pergi ke timbunan berkenaan bagi mengambil tanah liat merah untuk mencantikkan dinding dan lantai rumah mereka menjelang sambutan festival Dashain.

“Seorang kanak-kanak mati di tempat kejadian manakala lima yang lain mati akibat kecederaan semasa dirawat di hospital,” kata inspektor polis di balai polis Kailali, Mahesh Chaudhari ketika dihubungi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Sita Pyakurel, Deepak Pyakurel, Maina Sunar, Kiran Sunar, Nanita Neupane dan Susanta Sunar, semuanya berumur kurang daripada 10 tahun.

Chaudhari berkata, beberapa kanak-kanak yang lain turut tertimbus di bawah bukit namun mereka dapat diselamatkan oleh polis dan penduduk tempatan. Mereka yang cedera kini dirawat di hospital Tikapur. Festival Dashain bermula 11 Oktober ini dan berlangsung selama 15 hari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori