Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Dipilih Agong...

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17...

Admin Mawar Fanpage TAK...

Sesungguhnya, budi bahasa budaya kita! Siapalah yang tidak mengenali jenama tudung eksklusif No. 1...

Ketua AMK Ampang Dijel...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang dihukum penjara enam bulan...

Lemah, Muntah Darah Sebelum...

KUANTAN - Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia malam tadi akibat pendarahan...

650 Peniaga Di Downtown Cheras Rayu DBKL Beri Masa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta untuk memberi lebih banyak masa kepada 650 peniaga serta penjaja kecil di Pasar Malam Downtown Cheras untuk mengosongkan tempat tersebut bagi membolehkan mereka mencari kawasan baharu.

Presiden Persatuan Pengasih Malaysia Datuk Mohd Yunus Pathi, yang merupakan pengurus dan pentadbir Downtown Cheras berkata pihaknya kesal apabila DBKL menghantar surat notis meminta semua peniaga dan penjaja mengosongkan tempat itu sehingga 1 Nov ini sebelum pihaknya sempat mencari kawasan baharu.

“Kami terkejut apabila menerima notis pengosongan tersebut pada 7 Okt lepas sedangkan kami sudah berbincang dan berunding dengan pihak DBKL agar memberi masa yang cukup untuk berpindah setelah mendapat kawasan lain untuk berniaga,” katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Mohd Yunus berkata jika pihak DBKL masih mahu meneruskan tindakan notis itu, ia akan menjejaskan pendapatan para peniaga dan penjaja sepenuh masa yang kebanyakannya berpendapatan rendah untuk mencari nafkah.


Katanya, notis pengosongan itu dikeluar bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru Jakel yang dikatakan akan dibina di situ tidak lama lagi.

“Kini kami masih mencari kawasan baharu yang sesuai dan ia sedang dalam proses permohonan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak DBKL.

“Sebaik permohonan tempat baharu itu diluluskan, kami akan pindah serta-merta,” katanya yang tidak menamakan tempat tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori