Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mingguan, Kosmo! Kekal Laris...

DI SEBALIK trend jualan akhbar mencatatkan kejatuhan, Mingguan Malaysia terus lakar sejarah apabila...

Staf Kedutaan Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Seorang daripada kaunselor Kedutaan Besar Korea Utara di ibu negara...

Kerajaan Singapura Hantar Surat...

KUNDASANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakan sejawatannya di...

Muhyiddin, Mukhriz Mungkin Sertai...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang...

9 Pemain Terbaik Dunia Beraksi Di Sime Darby LPGA Malaysia

KUALA LUMPUR – Sembilan daripada 10 pemain ranking terbaik dunia dalam Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) mengambil bahagian di Kejohanan Sime Darby LPGA Malaysia tahun ini.

Kejohanan edisi keenam tahun ini menjanjikan aksi lebih sengit dengan penyertaan barisan bintang dalam pertarungan empat hari itu.

Barisan bintang LPGA itu diketuai pemain nombor satu dunia, Park Inbee dari Korea Selatan, Lydia Ko (2), Stacy Lewis (3), So Yeon Ryu (4), Lexi Thompson (5), Kim Hyo-Joo (6), Feng Shanshan (7), Amy Yang (9) dan Suzann Pettersen (10).

Selain Shanshan dari China yang juga penyandang juara, Thompson juara 2013 dan Inbee juara 2012, turut beraksi adalah satu lagi bekas juara Choi Na Yeon yang menjuarainya pada 2011.

Pertarungan paling menarik di kejohanan ini pastinya membabitkan saingan tiga penjuru antara Inbee, Lydia dan Stacy, dengan masing-masing mahu menambah koleksi kejuaraan mereka musim ini.

Bagi Inbee yang telah memenangi lima gelaran tahun ini, saingan seperti itu memberi lebih semangat untuknya mendapatkan keputusan lebih baik.

“Ia sudah pasti. Sejak beberapa tahun lalu mereka yang memberi saingan sering bertukar tetapi saya tetap berjaya. Ia satu penghormatan untuk saya mencapai kedudukan nombor satu setiap tahun.


“Sebenarnya ia satu motivasi yang baik. Jika anda mempunyai pesaing yang sering mencabar, pasti permainan anda akan bertambah baik. Sudah tentu anda tidak boleh kekal begitu untuk berjaya, sebaliknya perlu meningkatkan permainan untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Juara 2012 itu berkata dia gembira untuk kembali ke Malaysia selepas terlepas peluang beraksi tahun lalu kerana melangsungkan perkahwinannya.

“Saya gembira kembali ke sini selepas mengetepikan kejohanan ini kerana perkahwinan saya tahun lalu…saya pernah muncul juara pada 2012. Kecuali kejayaan itu, saya tidak beraksi dengan begitu baik di lapangan ini.

“Lapangan timur ini sukar diramal, ada masanya ia begitu sukar tapi pada masa sama catatan yang baik boleh dilakukan,” kata Inbee ketika mengenang kembali lapangan di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) itu.

Kejohanan yang akan dilangsungkan di lapangan timur KLGCC bermula esok sehingga Ahad dan ia menawarkan hadiah lumayan AS$2 juta (RM8.7 juta).

Selain 63 pemain dari Jelajah LPGA, 10 pemain jemputan penaja turut akan beraksi termasuk lima pemain Malaysia iaitu Kelly Tan, Ainil Johani Abu Bakar, Cindy Lee-Pridgen, Michelle Koh dan Nur Duriyah Damian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • golf

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori