KUALA LUMPUR – PAS mendakwa ada pihak cuba mensabotaj Himpunan Fastaqim H60K anjuran parti itu di Stadium Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu.
Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pihak terbabit menggantung banyak bahan yang memburuk-burukkan PAS di sekitar Kota Bharu.
Beliau bagaimanapun menolak perbuatan tersebut sebagai dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO seperti didakwa oleh segelintir pihak tertentu.
“Banyaknya bahan-bahan sebaran memburukkan PAS diedar dan digantung. Menakjubkan, ia bukan daripada musuh lama PAS,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Meskipun Nik Mohamad Abduh tidak menyebut pihak yang didakwa melakukan perbuatan itu, tetapi ia dipercayai dilakukan bekas penyokong PAS yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Ia berikutan kenyataan beliau seperti berikut: “Dua amal besar dari dua hati jantung yang berbeza. Satu memburu keredhaanNya manakala satu lagi mencabar murkaNya“. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]1pl5GZ3Zddg[/wpdevart_youtube]