Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Zulkifli Mula Tugas Secara...

KUALA LUMPUR - Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin memulakan tugas secara rasmi...

Malaysia Bebas Risiko Kemelesetan...

PUTRAJAYA - Malaysia tidak berdepan risiko kemelesetan, sebaliknya langkah kerajaan mahu melaksanakan pakej...

Kurang Tumpuan Punca Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kegagalan pemain skuad Harimau Malaya memberi tumpuan sepenuhnya pada penghujung...

Taktik Sembunyi Peralatan Hisap...

SITIAWAN - Taktik seorang lelaki menyembunyikan peralatan menghisap dadah di dalam kopiah yang...

Ahli Perniagaan Belasah Pekerja Cuci Kereta Direman

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan yang bertindak menampar seorang pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana Sabtu lepas, direman dua hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Rozi Jidin berkata suspek ditahan pada kira-kira 10 malam tadi di kawasan Kampung Baru Subang, dekat sini.

BACA - Video Lelaki Lempang Pekerja Bangla Jadi Viral

Beliau berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

“Penahanan ini susulan daripada laporan oleh majikan pekerja warga asing berkenaan di Balai Polis Brickfields tengah hari semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Katanya polis masih menyiasat punca kejadian dan menunggu laporan perubatan mangsa untuk tindakan lanjut.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada pukul 12.45 tengah hari itu tersebar di laman sosial yang memaparkan mangsa dipukul di bahagian muka dan perkara itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori