Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Era Robot Laksanakan Kerja-Kerja...

KERAJAAN telah mengumumkan plan untuk menjadikan industri kerja di Malaysia yang berasaskan tugas-tugas...

Konsep Tanah Kubur Islam...

KUALA LUMPUR - Konsep tanah perkuburan Islam pintar, Raudhatul Sakinah yang dibangunkan Majlis...

Lepaskan Tembakan, Lori Bawa...

ISKANDAR PUTERI: Beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan pegawai Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) ke...

Gerak Khas Musim Baharu...

KUALA LUMPUR - Drama bersiri bercorak kepolisan popular yang sudah disiarkan oleh RTM sejak...

Akta Hasutan Sah Perlembagaan – Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA – Hasrat seorang pensyarah Universiti Malaya, Dr. Azmi Sharom yang ‘dipergunakan’ pihak pembangkang bagi mencabar undang-undang negara iaitu Akta Hasutan 1948 tidak kesampaian selepas ditolak oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Selasa.

Semua panel hakim membuat kesimpulan bahawa Akta Hasutan 1948 adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim memaklumkan bahawa perlembagaan dirangka supaya undang-undang sedia ada adalah sah dan terus sah untuk dikuatkuasakan.

Panel lima hakim itu termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Abdull Hamid Embong dan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Arifin yang membacakan keputusan tersebut berkata akta itu tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun.

Dr. Azmi, pensyarah undang-undang menjadi fokus banyak pihak memandangkan beliau dianggap menjadi ‘pendulu’ kepada dakwaan ahli-ahli politik pembangkang dan aktivis di bawah Akta Hasutan.


Beliau mendakwa kes tersebut kononnya mencabuli Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara serta tidak digubal di Parlimen.

Pensyarah dari Universiti Malaya itu pada 2 September tahun lalu didakwa di mahkamah bersabit kenyataannya mengenai krisis Perak 2009 dan kaitannya dengan krisis menteri besar Selangor yang disiarkan sebuah portal.

Artikel berkenaan bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told” (Ambil jalan krisis Perak selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), dilaporkan The Malay Mail Online pada 14 Ogos).

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b), yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori