Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kecoh Wakil PM Diserbu...

GEORGETOWN - Keadaan di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri di Komtar di sini...

Najib Hargai Jasa Khidmat...

TELUK INTAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa menghargai jasa...

Australia Pantau Kapal Russia...

BRISBANE - Australia sedang memantau dengan dekat kehadiran empat kapal tentera laut Russia...

PRU-15: Polis Serah SPR...

Sungai Siput : Polis menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan...

AMK Dakwa Dr. Jeyaindran Layan Buruk Anwar

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mendapat layanan buruk oleh ketua panel yang dirujuk oleh kerajaan untuk merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, pakar yang dirujuk oleh kerajaan iaitu Dr. S. Jeyaindran mempunyai sejarah layanan buruk kepada Anwar sejak tahun 2003.

“Kami menggesa kerajaan membenarkan Anwar mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan menggantikan Jeyaindran dengan pakar yang lain untuk mengetuai panel rujukan perubatan,” pintanya dalam satu kenyataan media hari ini.

anwar-doctor


Nik Nazmi dalam pada itu mendakwa kelewatan rawatan akan memudaratkan lagi keadaan Anwar.

“Permohonan ini telah dibuat sejak Februari lalu tanpa sebarang komitmen oleh kerajaan untuk menyediakan rawatan yang baik sehinggalah keadaan beliau menjadi semakin parah seperti sedia ada,” dakwanya lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh di sini kerana didapati salah meliwat seorang lelaki lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori