Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Covid-19: Malaysia Masih Dibebani...

KUALA LUMPUR - Hampir sebulan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) dikuatkuasakan, kes harian baharu...

Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditemui...

TANJUNG MALIM - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui mati lemas selepas dihanyutkan...

Jangan Jadikan Pengguguran Muhyiddin...

SERDANG - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengguguran...

Pelarian Syria Ke Malaysia...

SHAH ALAM - Setiap pelarian Syria yang dibawa masuk ke Malaysia perlu menjalani...

Ammar Mengaku Lakar Tatu Selepas Kecewa Putus Cinta

TIDAK keterlaluan kami katakan, semenjak dari awal pembabitannya dalam industri seni, pelakon dan model, Ammar Alfian tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Terbaharu, aktor berbadan sado ini mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar badannya di Instagram yang menampakkan lakaran tatu di bahagian bahu.

00004-Ammar-Alfian-Akui-Buat-Tatu-Selepas-Kecewa-Putus-Cinta-ROTIKAYA

Hal itu sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan kurang senang daripada ramai peminatnya khususnya yang beragama Islam.

Bercakap kepada mStar Online, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 28, berkata dia tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi sebaliknya tidak mahu berpura-pura dengan peminatnya.

“Bukan ingin menunjuk-nunjuk atau pun tidak peka terhadap keadaan sekeliling tetapi tidak mahu berpura-pura.


“Ia juga bukan bererti saya seorang yang jahat hanya kerana bertatu,” jelasnya.

00001-Ammar-Alfian-Akui-Buat-Tatu-Selepas-Kecewa-Putus-Cinta-ROTIKAYA

Menurut Ammar, perbuatan melakar tatu itu dilakukan selepas dia kecewa kerana putus cinta dengan aktres, Puteri Sarah beberapa tahun lalu.

Pada masa sama, Ammar mengakui sedar akan kesilapannya itu dan telah menyesal terhadap perbuatannya lampaunya melakar tatu tersebut.

“Bagaimanapun saya menyesal dan ia satu kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini,” katanya yang dalam perancangan membuang tatu berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori