Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Air Sial Di Pakistan...

JIKA di Malaysia, perkataan sial bermaksud celaka dan merujuk ungkapan maki hamun sumpah...

Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga...

SEORANG wanita berusia 43 tahun di Australia bertindak mengurung 14 ekor kucing dan...

Ais Krim Harga RM3,023...

DUBAI - Jika anda berasa cukup kaya, barang kali harga ais krim ini...

Sultan Pahang Sampaikan Biasiswa...

CYBERJAYA - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan menyampaikan biasiswa 'Mahasiswa...

Kes Letupan Bom Gua Musang: Anak Mangsa Ditahan Reman

SEORANG lelaki berusia 27 tahun dipercayai suspek dalam kes letupan pada motosikal yang menyebabkan sepasang suami isteri warga emas maut, semalam telah ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

BACA: Motosikal Dinaiki Meletup, Sepasang Suami Isteri Maut

Perintah dikeluarkan oleh Majisteret Mohd Izuddin Mohd Shukri terhadap suspek yang juga merupakan anak mangsa kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

18

Suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Gua Musang pada jam 8.30 pagi dengan diiringi dua anggota polis.


Difahamkan, ini bukan kejadian pertama kerana sebelum ini suspek dikatakan pernah ‘mengebom’ motosikal milik ibu bapa angkatnya itu kira-kira tiga bulan lalu namun tiada laporan polis dibuat.

Mangsa, Cha Mok Liong, 72, dan isterinya, Fong Ah Fong, 72, meninggal dunia dalam keadaan mengerikan apabila motosikal yang mereka naiki meletup secara tiba-tiba kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Kejadian di Kampung Pulai, Gua Musang itu mengakibatkan mayat kedua-dua mangsa berkecai dan tercampak ke kawasan semak berhampiran.

Berikutan itu, pihak polis menahan seorang suspek yang juga anak angkat mangsa di rumahnya kira-kira sejam selepas kejadian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori