Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Perlis Dekati...

COLOMBO - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Universiti Malaysia...

Kapal Israel Disekat Berlabuh...

PUTRAJAYA - Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM disekat dan tidak...

Jangan Keliru Dengan Parti...

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak keliru dengan kemunculan...

Golongan Belia Perlu Ikon...

BESUT - Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju...

Ahli Parlimen Rompin Sah Pengerusi Baharu PAC

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin hari ini dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Pemilihan beliau sah selepas majoriti anggota Dewan Rakyat bersetuju dengan usul Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih Hasan bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Usul itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman semasa persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Hasan sebelum ini memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin pada 5 Mei lepas dengan menewaskan calon PAS, Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi.

Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, pula dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan Kabinet yang dilakukan Najib pada 28 Julai lepas.

Terdahulu, persidangan dewan gamat apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Baru), Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) mempersoalkan kepentingan melantik pengerusi PAC baharu serta penangguhan mesyuarat PAC kerana kekosongan jawatan tersebut.

Kamarudin dan Takiyuddin antara lain berhujah berhubung Peraturan Mesyuarat 77(3) yang menyentuh mengenai perjalanan mesyuarat PAC tanpa kehadiran pengerusi atau naib pengerusi, yang menurut tafsiran mereka, masih boleh diadakan dengan komposisi anggota lain.

Mohamed Hanipa membangkitkan bahawa pembentangan usul pelantikan itu tidak jelas kerana tidak menyatakan Peraturan Mesyuarat yang digunakan untuk mencadangkannya.

Menjelaskan pertikaian itu, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan kedua-dua anggota Parlimen itu hanya membuat tafsiran sendiri dan tidak selari dengan Peraturan Mesyuarat.

“Mengenai peraturan 77(3) itu, apa yang disebut Kota Bharu itu ialah semasa ketiadaan pengerusi dan naib pengerusi. Itu adalah dalam keadaan normal.

“Contohnya sewaktu mesyuarat PAC berlangsung dan Nur Jazlan tidak dapat datang sebab sakit atau kesesakan lalu lintas, maka ketika itu Naib Pengerusi boleh ambil alih.


(Perkara 77(3) menyebut semasa ketiadaan pengerusi atau naib pengerusi, oleh kerana keuzuran atau lain-lain sebab, jawatankuasa hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk menjadi pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu).

“Maka kalau tidak ada pengerusi yang dinamakan Majlis, maka perlu ada pengerusi baru yang akan dipilih Majlis. Kerana itu, usul itu dibawa pada ketika ini,” katanya.

Pandikar Amin juga menegaskan walaupun pada satu ketika kerusi pengerusi PAC itu kosong, siasatan termasuk kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetap diteruskan.

Azalina sewaktu menggulung usul tersebut membidas pembangkang yang disifatkan berniat jahat kerana melabel kerajaan sengaja melambatkan-lambatkan pelantikan pengerusi PAC yang baharu dan cuba menyembunyikan siasatan.

“Kalau betul perkara itu, takkanlah kerajaan bawa usul pelantikan ini. Kerajaan tidak takut dalam siasatan 1MDB yang dibuat.

“Fungsi PAC adalah menjadi badan yang membuat siasatan, mengemukakan hasil siasatan kepada Speaker untuk dibentangkan dalam Dewan,” katanya.

Azalina juga berkata pembangkang tidak melihat secara menyeluruh konteks Peraturan Mesyuarat 77(3) itu termasuk perkataan ‘ketiadaan’ yang memerlukan kekosongan itu perlu diisi. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]H-yFXLsyE-Y[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori