Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih Satu Pertiga Doktor...

SYDNEY - Para penyelidik pada Isnin mendedahkan satu pertiga doktor di Australia tidak...

Lelaki Ini Dikecam Dedah...

NAMA pengasas Coolhijab, Hafiz Mansor tiba-tiba menjadi heboh di media sosial apabila status...

Empat Lelaki Dipanah Petir

KUALA NERUS - Seorang remaja maut, manakala tiga lagi cedera akibat terkena panahan...

28 Individu Termasuk GRO...

Penampang : Seramai 28 individu tanpa dokumen pengenalan diri ditahan dalam serbuan di...

Anggota Polis Maut Kereta Rempuh Belakang Lori

IPOH – Seorang anggota polis maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh belakang lori membawa muatan kapur simen di Kilometer 310.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Kampar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata dalam kejadian kira-kira 11.08 pagi itu, Mohamad Rafaie Abdul Karim, 25, maut di tempat kejadian.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan pemandu lori berkenaan Zubir Mohd Rais, 57, tidak mengalami kecederaan.

Ng berkata mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Vios itu hilang kawalan dan melanggar belakang lori berkenaan yang bergerak di lorong kiri jalan.


Mohamad Rafaie yang memakai pangkat Lans Koperal, telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2009 dan terakhir bertugas di Balai Polis Pantai, Brickfields di Kuala Lumpur. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori