Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jualan Arak: Kes Saman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 Januari untuk keputusan kes...

Teruja Kemungkinan ‘Shinkansen’ Beroperasi

KUALA LUMPUR - Kemungkinan sistem kereta api laju terkemuka Jepun, Shinkansen, dilaksanakan di...

Iklan Tawar Pembantu Rumah...

Pada zaman sekarang menggunakan khidmat pembantu rumah untuk melancarkan urusan rumah tangga adalah perkara...

Semua Pendaki Gunung Brik...

BAU - Kesemua 30 pendaki yang dilaporkan hilang di Gunung Brik, Kampung Tringus,...

Anggota TLDM Maut Dalam Nahas 2 Motosikal Di Lumut

IPOH – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Km0.8, Jalan Lumut-Sitiawan di sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 1 pagi itu, Bintara Muda Nurhasyiman Ramli, 38, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata penunggang sebuah lagi motosikal itu, identitinya belum dikenal pasti, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.

Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang lelaki yang cedera itu terbabas selepas memotong kenderaan lain lalu memasuki arah bertentangan dan bertembung motosikal mangsa, katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya jenazah Nurhasyiman dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori