Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hampir 90 Peratus Daerah...

KUALA LUMPUR - Penularan COVID-19 di Malaysia terus berada pada tahap membimbangkan apabila...

Wanita Maut Leka Guna...

SEORANG wanita tempatan maut selepas dipercayai leka menggunakan telefon bimbit ketika dia sedang...

PPIM Desak KPDNHEP Pantau...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri...

‘Jack The Ripper’ China...

BEIJING - Pembunuh bersiri digelar ‘Jack the Ripper China’ dihukum mati semalam, selepas...

Aplikasi Aduan Cakna Bantu PBT Tingkat Sistem Penyampaian

ALOR GAJAH – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini melancarkan aplikasi aduan ‘Cakna’ yang bakal digunakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara dalam meningkatkan sistem penyampaian dan pengurusan masalah.

Timbalan Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata sistem itu merupakan dimensi baharu sistem aduan dalam talian dan dapat mengurangkan birokrasi atau protokol selain menjimatkan masa rakyat untuk menyampaikan aduan kepada PBT berkenaan.

“Sudah sampai masanya PBT berubah mengikut trend semasa selari dengan kemajuan teknologi pada hari ini dan sistem ini hanya memerlukan penggunaan telefon pintar.

“Aplikasi ini berbeza dengan sistem aduan PBT sedia ada yang berasaskan web. Melalui aplikasi ini, aduan boleh dihantar dalam bentuk gambar dan PBT dapat menerima aduan dengan cepat serta memberi maklum balas dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Kecemerlangan PBT dan melancarkan aplikasi Cakna. Turut hadir Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Mohammad Mentek dan Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat KPKT, Abdul Latif Ismail.

Mengulas lanjut, Halimah berkata aplikasi itu yang menggunakan slogan ‘Ambil Peduli’ membantu PBT memantau statistik aduan yang diterima dan menguruskan aduan berkenaan secara sistematik.

Buat permulaan tujuh PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Daerah Tanjung Malim dan Majlis Bandaraya Johor Bahru dipilih sebagai perintis aplikasi itu.


“Sistem ini akan dipantau oleh KPKT dari segi pengurusan aduan PBT terlibat manakala masalah teknikal dipantau Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi KPKT untuk tujuan penambahbaikan pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Latif berkata buat permulaan, aplikasi berkenaan menggunakan sistem operasi Android dan akan diperluaskan kepada penggunaan telefon pintar iOS dalam masa terdekat.

Beliau berkata sistem berkenaan berjaya dibangunkan dalam tempoh dua bulan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi KPKT serta mampu menerima 3,000 aduan pada satu-satu masa.

Tinjauan Bernama mendapati pengguna sudah boleh memuat turun aplikasi itu dengan nama ‘Cakna KPKT’ di Google Playstore dan menghantar pelbagai aduan kepada KPT berkenaan termasuk mengenai kerosakan jalan, masalah lampu isyarat, serangga, sampah, tandas awam dan pembakaran terbuka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori