Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PRK Kuala Kubu Bharu:...

HULU SELANGOR : Bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari,...

Digelar Simbol Seks Kerana...

PENAMPILANNYA yang dikatakan agak seksi ditambah pula dengan sifat kemanjaan semula jadi membuatkan...

PRU15: Maszlee Tumbang Di...

KLUANG : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

AirAsia Saran Penumpang Tiba...

KUALA LUMPUR - Penumpang pesawat AirAsia dinasihatkan tiba di lapangan terbang tiga jam...

Aplikasi MyTeksi Atau Uber Hanya Untuk Kenderaan Berlesen

KUALA LUMPUR – Hanya kenderaan berlesen dan mempunyai permit sahaja dibenarkan menggunakan aplikasi MyTeksi atau Uber untuk mendapatkan penumpang, persidangan Dewan rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata ini kerana kenderaan persendirian adalah untuk kegunaan peribadi dan tidak boleh digunakan bagi tujuan komersial untuk menjana upah atau tambang.

“Aplikasi ini digunakan secara meluas oleh pengguna dan pemandu teksi dan penggunaannya sah di sisi undang-undang, namun hanya kepada kenderaan berlesen sahaja,” katanya.

Beliau menjawab soalan Dr. Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu usaha kerajaan untuk membantu pemandu teksi menghadapi saingan daripada perkhidmatan Uber.


Shahidan berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sedang dalam usaha merangka dasar baharu bagi memantau sistem tempahan teksi melalui aplikasi telefon pintar selain mengadakan perbincangan dengan penyedia aplikasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori