KUALA LUMPUR – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mewujudkan aplikasi dalam talian dikenali sebagai YBK Peduli! sebagai platform kepada orang ramai untuk melaporkan serta menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.
Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, aplikasi dalam talian itu akan memudahkan proses aduan dan derma serta bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk membantu golongan miskin.
“Aplikasi ini bertindak sebagai pengantara dari segi penyaluran maklumat serta bantuan di antara orang awam dengan mereka yang perlu dibantu.
“Melalui perkongsian data di aplikasi tersebut, ia juga membantu pihak berkuasa mengenal pasti mereka yang memerlukan agar koordinasi pemberian bantuan dapat dilakukan dengan lebih efisien,†katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut kenyataan itu, aplikasi YBK Peduli! boleh dimuat turunkan oleh pengguna-pengguna telefon IPhone dan juga Android.
Orang ramai hanya perlu melaporkan melalui aplikasi tersebut apabila mengesan gologan yang perlu dibantu dan laporan itu serta-merta dapat dicapai oleh mereka yang turut memuat turunkan aplikasi tersebut.
“Ini membolehkan pihak berkuasa pantas mengambil tindakan yang sewajarnya serta orang awam menyalurkan sendiri bantuan kewangan secara dalam talian melalui gerbang pembayaran yang telah dikenal pasti,†kata Zainal.
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi YBK Peduli! boleh menghubungi talian 03-78450036, 03-78450037 atau emel kepada [email protected]. – mynewshub.cc