Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

ATM Nafi Pukul Orang...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan seorang individu yang dikatakan...

Pemegang Saham Minoriti MAS...

KUALA LUMPUR - Pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) mungkin tidak...

Disangkakan Syampu, Gadis Botak...

ALAHAI... Rasa mahu ketawa tapi dalam masa yang sama kesian pula mengenang nasib...

Pandikar Amin Sedia Bertanding...

KOTA KINABALU - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membayangkan...

APMM Patahkan Penyeludupan Gas, Minyak Di Tawau

TAWAU – Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan dua bot jongkong dengan muatan 151 tong gas dan 223 kotak minyak masak disyaki untuk diseludup ke negara jiran menerusi perairan Tawau, Rabu lepas.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah, Kapten Maritim Anor Jaafar berkata, turut ditahan lima lelaki dan lima wanita berusia 21 hingga 53 tahun dalam operasi di perairan Sungai Nyamuk, Pulau Sebatik itu.

“Dalam tangkapan pertama pasukan peronda APMM menahan sebuah bot jongkong di perairan berkenaan kira-kira pukul 11.23 pagi dan apabila diperiksa terdapat 103 tong gas dan 100 kotak minyak masak.

“Kami menahan bot jongkong kedua kira-kira 11.42 pagi di perairan sama dan setelah diperiksa, ia membawa muatan 48 tong gas dan 123 kotak minyak masak,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua barangan berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Anor berkata, bot dan mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah dan disyaki membawa keluar barang kawalan dari Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori