Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Dimasak Bersama-Sama...

SAN FRANCISCO – Sebuah syarikat pengeluar tuna dalam tin, Bumble Bee Foods bersetuju...

Beckham Ke Malaysia, Jadi...

BERITA gembira bagi peminat pasukan Manchaster United (MU), apabila pemain sayap berjersi nombor...

Kerajaan Pertimbang Buka Sempadan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan membuka sempadan negara secara selamat, dengan membenarkan...

Aliran Trafik Lancar, Terkawal

Kuala Lumpur : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar menjelang perayaan...

APMM Selamatkan 2 Pelancong Selepas Kapal Layar Terbakar

ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan dua pelancong warga Australia dan Denmark selepas kapal layar mereka terbakar berhampiran Pulau Lalang, Langkawi tengah hari tadi.

Pengarah Operasi Maritim Wilayah Utara, Kapten Maritim Salim Ahmad berkata mangsa Joseph Mc Donnell, 69, dari Australia dan Nancy Anita Pedersen,50, ditemui terapung di tempat kejadian selepas kapal layar dinaiki mereka terbakar keseluruhannya kira-kira 1.30 tengah hari.

“Sebaik menerima maklumat, kita arahkan bot peronda dari Daerah Maritim 1, Langkawi untuk ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa. Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa telah dihantar ke Balai Polis Kuah untuk tindakan lanjut.


Pada masa sama, Salim berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan di laut boleh terus menghubungi APMM di talian 999 atau 04-96662750 (bilik operasi Daerah Maritim 1, Langkawi). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori