Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tempoh Kursus Asas Imigresen...

PORT DICKSON - Tempoh Kursus Asas Imigresen akan dilanjutkan daripada 42 hari kepada...

THE FANTASTIC POTENCY OF...

Dissertation writing services are readily available online. Article writing providers purchase an article...

Apa Jasa Sanusi Kepada...

Apa jasa Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor...

Lebih 50 Bomba Bantuan...

KUANTAN - Sebanyak 50 anggota bomba bantuan akan ditempatkan di beberapa Balai Bomba...

Apple Patenkan Teknologi Baru Elak Skrin Retak Apabila Jatuh

‘KEMALANGAN’ seperti terjatuhnya telefon pintar ke lantai yang seterusnya membuatkan skrin sesentuh peranti retak atau pecah adalah salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Seperti yang diketahui, komponen yang paling mudah rosak pada sebuah peranti pintar ialah skrin sesentuh.

Semakin besar skrin, semakin tinggilah risiko komponen ini akan pecah sekiranya terjatuh dengan kerap.

Terdapat pelbagai kaedah digunakan oleh pemilik peranti untuk mengurangkan risiko skrin sesentuh retak.

Kami secara peribadi menggemari kaca tahan lasak yang dilekapkan di atas skrin sesentuh.

Apabila terjatuh lapisan kaca ini akan retak terlebih dahulunya dan bukannya skrin yang lebih mah

Apple nampaknya mempunyai idea mereka sendiri bagaimana mengelakkan skrin dari retak.

Kini, sebuah paten yang difailkan mereka menunjukkan sistem penyerap hentakan terbina di bahagian hadapan skrin.


Paten-Skrin-Retak-Apple-2

Empat penyerap hentakan ini akan terkeluar apabila mengesan peranti terjatuh. Ia akan menyerap hentakan dan bukannya skrin.

Walau bagaimanapun mekanisme ini hanya dapat mengurangkan kebarangkalian skrin retak sekiranya jatuh secara rata.

Menarik melihat mekanisme mekanikal yang terkeluar secara automatik dicipta oleh Apple. Seperti biasa kewujudan paten ini tidak bermakna ia akan digunakan pada iPhone 7 kelak.

Pada tahun 2011 Apple pernah mempatenkan sistem beg udara terbina untuk tujuan yang sama namun sehingga sekarang tidak digunakan.-Mynewshub.cc

Sumber: APPLEINSIDER

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori